
Mengawal penggunaan data
Anda boleh menjejak jumlah data yang dipindahkan ke peranti dan dari peranti anda
melalui sambungan data mudah alih atau Wi-Fi® anda dalam tempoh tertentu.
Contohnya, anda boleh melihat jumlah data yang digunakan oleh setiap aplikasi. Untuk
data yang dipindahkan melalui sambungan data mudah alih anda, anda juga boleh
menetapkan amaran dan had penggunaan data untuk mengelakkan caj tambahan.
Melaraskan tetapan penggunaan data dapat membantu anda mengawal penggunaan data
dengan lebih baik tetapi tidak dapat menjamin caj tambahan boleh dielakkan.
Untuk menghidupkan atau mematikan trafik data
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
3
Pilih kad SIM.
4
Seret penggelangsar di sebelah
Trafik data mudah alih untuk menghidupkan atau
mematikan data.
Apabila trafik data dimatikan, peranti anda masih boleh mewujudkan sambungan Wi-Fi® dan
Bluetooth®.
Untuk menetapkan amaran penggunaan data
1
Pastikan trafik data mudah alih dihidupkan.
2
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
4
Pilih kad SIM.
5
Untuk menetapkan tahap amaran, seret garis amaran ke nilai yang dikehendaki.
Anda menerima pemberitahuan amaran apabila jumlah trafik data menghampiri
paras yang anda tetapkan.
33
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

Untuk menetapkan had penggunaan data mudah alih
1
Pastikan trafik data mudah alih dihidupkan.
2
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
4
Pilih kad SIM.
5
Tandakan
Tetapkan had data mudah alih kotak semak jika ia belum ditandakan,
kemudian ketik
OK.
6
Untuk menetapkan had penggunaan data mudah alih, seret garis yang berkaitan
ke nilai yang dikehendaki.
Sebaik sahaja penggunaan data anda mencapai had yang ditetapkan, trafik data mudah alih
pada peranti anda akan dimatikan secara automatik.
Untuk mengawal penggunaan data mudah alih bagi aplikasi individu
1
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
3
Pilih kad SIM.
4
Cari dan ketik aplikasi yang dikehendaki.
5
Tandakan kotak semak
Sekat data latar belakang.
6
Untuk mengakses tetapan khusus bagi aplikasi (jika tersedia), ketik
Lihat tetapan
aplikasi dan lakukan pertukaran yang dikehendaki.
Prestasi aplikasi individu mungkin terjejas jika anda menukar tetapan penggunaan data yang
berkaitan.
Untuk melihat data yang dipindahkan melalui Wi-Fi®
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
3
Ketik , kemudian tandakan kotak semak
Tnjk p'gunaan Wi-Fi jika ia tidak
ditandakan.
4
Ketik tab
Wi-Fi.