Sony Xperia E4 Dual - Menggunakan perkhidmatan lokasi

background image

Menggunakan perkhidmatan lokasi

Perkhidmatan lokasi membenarkan aplikasi seperti Peta dan kamera menggunakan

maklumat daripada rangkaian Wi-Fi® serta maklumat Sistem Penentududukan Sejagat

(GPS) untuk menentukan lokasi anggaran anda. Jika anda tidak berada dalam garis

penglihatan jelas satelit GPS, peranti anda boleh menentukan lokasi anda menggunakan

fungsi Wi-Fi®.
Bagi menggunakan peranti anda untuk mencari lokasi anda, anda perlu mendayakan

perkhidmatan lokasi.

Untuk mendayakan perkhidmatan lokasi

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Lokasi.

3

Seret penggelangsar di sebelah

Lokasi ke kanan.

4

Ketik

Setuju untuk mengesahkan.

Untuk membenarkan aplikasi Google mengakses lokasi anda

1

Pastikan anda didaftar masuk ke akaun Google™ dari peranti anda.

2

Dari Skrin Utama anda, ketik .

3

Dapatkan dan ketik

Tetapan > Google > Lokasi.

4

Seret penggelangsar bersebelahan

Lokasi ke arah kanan.

5

Ketik

Setuju untuk mengesahkan.

Memperbaik ketepatan GPS

Pada kali pertama anda menggunakan GPS pada peranti anda, ia boleh mengambil

masa 5 hingga 10 minit untuk lokasi anda ditemui. Untuk membantu carian, pastikan

anda mempunyai pandangan langit yang jelas. Berdiri tegak dan jangan lindungi antena

GPS (kawasan yang diserlahkan dalam imej). Isyarat GPS boleh melepasti awan dan

plastik, tetapi tidak melalui objek pejal seperti bangunan dan gunung. Jika lokasi anda

tidak dijumpai selepas beberapa minit, bergerak ke lokasi lain.