Bunyi, nada dering dan kelantangan
Anda boleh menyelaraskan kelantangan nada dering untuk panggilan masuk dan
pemberitahuan serta ulang main muzik dan video. Anda juga boleh menetapkan peranti
anda kepada mod senyap supaya ia tidak berdering semasa anda berada dalam
mesyuarat.
Untuk melaraskan aras kelantangan
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi > Kelantangan.
3
Seret penggelangsar kelantangan ke kedudukan yang diingini.
Anda boleh menekan kekunci kelantangan ke atas atau ke bawah untuk melaraskan aras
kelantangan nada dering dan ulang main media meskipun skrin dikunci.
Untuk menetapkan peranti anda kepada mod getar
•
Tekan kekunci kelantangan ke bawah sehingga kelihatan dalam bar status.
Untuk menetapkan peranti anda kepada mod senyap
1
Tekan kekunci kelantangan ke bawah sehingga peranti bergetar dan kelihatan
dalam bar status.
2
Tekan kekunci kelantangan ke bawah sekali lagi. muncul dalam bar status.
Tekan kekunci kelantangan ke atas untuk keluar daripada mod senyap.
Untuk menetapkan peranti anda kepada mod getar dan dering
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi.
3
Tandakan kotak semak
Bergetar apabila berdering.
38
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk menetapkan nada dering
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi > Nada dering telefon.
3
Pilih kad SIM.
4
Buat pilihan daripada senarai atau ketik dan pilih fail muzik yang disimpan pada
peranti anda.
5
Untuk mengesahkan, ketik
Selesai.
Untuk memilih bunyi pemberitahuan
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi > Bunyi pemberitahuan.
3
Buat pilihan daripada senarai atau ketik dan pilih fail muzik yang disimpan pada
peranti anda.
4
Untuk mengesahkan, ketik
Selesai.
Sesetengah aplikasi mempunyai bunyi pemberitahuannya yang tersendiri, yang boleh anda
pilih daripada tetapan aplikasi.
Untuk mendayakan nada sentuh
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi.
3
Tandakan kotak semakan
Nada sentuh pad dail dan Bunyi sentuhan.