Menggunakan pelbagai kad SIM
Peranti berfungsi dengan satu atau dua kad SIM yang dimasukkan. Anda mendapat
komunikasi yang masuk ke kedua-dua kad SIM dan boleh memilih daripada nombor
yang mana yang anda mahu lakukan komunikasi keluar. Sebelum anda menggunakan
kedua-dua kad SIM, anda perlu mendayakan kad SIM pada menu tetapan peranti anda.
Jika kedua-dua kad SIM dikunci dengan kod PIN semasa anda menghidupkan peranti,
anda boleh memilih untuk hanya membuka kunci dan menggunakan satu kad SIM.
Dengan erti kata lain, anda boleh melangkau satu kad SIM yang dikunci.
Anda juga boleh memajukan panggilan yang masuk pada kad SIM 1 ke kad SIM 2
semasa kad SIM 1 tidak dapat dihubungi dan sebaliknya. Fungsi ini dipanggil
kebolehcapaian Dwi SIM. Anda mesti mendayakannya secara manual. Lihat
Memajukan
panggilan
pada halaman 54 .
Untuk mendayakan atau menyahdayakan penggunaan dua kad SIM
1
Dari Skrin Utama, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Tetapan Dwi SIM.
3
Tandakan atau buang tanda kotak semak SIM1 dan SIM2.
Untuk menamakan semula kad SIM
1
Dari Skrin Utama, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Tetapan Dwi SIM.
3
Pilih kad SIM dan masukkan nama baru untuknya.
4
Ketik
OK.
Untuk memintasi kad SIM berkunci apabila kedua-dua kad SIM dikunci
1
Hidupkan peranti anda dan pilih kad SIM yang anda ingin buka kunci.
2
Masukkan kod PIN yang berkaitan dan ketik
. Kad SIM yang dipilih menjadi
tidak berkunci.
3
Apabila anda digesa untuk memasukkan PIN bagi kad SIM kedua, ketik
Langkau.
Skrin Utama muncul dan sekarang anda boleh menggunakan peranti dengan satu
kad SIM didayakan.
Untuk mendayakan kad SIM yang dikunci
1
Dari Skrin Utama, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Tetapan Dwi SIM.
3
Pilih kad SIM yang dikunci.
4
Masukkan kod PIN yang berkaitan.
Anda juga boleh mendayakan kad SIM yang dikunci dari panel Pemberitahuan.